Resepi Masakan

Untuk diKongsi Bersama - Cubalah.........

1.Daging Masak Hitam

Bahan-bahan

1. Daging Lembu         -    1 Kg.( dipotong nipis)
2. Kicap pekat manis   -    1/2 botol kecil
3. Sos cili                    -     1/2 botol kecil
4. Gula pasir                -    1/2 senduk nasi
5. Serai                       -     5 batang (dikisar)
6. Bawang besar         -    4 biji (dikisar)
7. Cili kering (kisar)     -    2 sudu makan
8. Santan kelapa          -    1 biji (RM 2)

* Daging diperap bersama  bahan 2,3 dan 4 selama 1 jam.

Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar,cili dan serai hingga garing.
2. Masukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga daging empuk (lembut).
3. Masukkan santan dan biarkan sehingga sedikit pekat baru diangkat.

Selamat mencuba.


2. Agar-agar laicee

Bahan-bahan

1. Agar-agar                               -  1 peket
2. Laicee (dikisarbersama airnya  -  1 tin
3. Susu cair - carnation                - 1 tin
4.Gula pasir                                -  1 cawan
5.Air                                           - 4 cawan

Cara-cara

1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air sehingga larut
2. Masukkan gula masak sehingga larut.
3.Masukkan susu cair dan laicee yang telah dikisar.
4.Kacau supaya ia tidak berketul dan angkat setelah mendidih.
5.Biarkan sejuk baru dihidangkan.

Selamat mencuba.


3. Puding Biskut

Bahan-bahan

1.Biskut "cream cracker"        -   14 keping  (dihancurkan)
2.Telor ayam                         -    5 biji
3.Gula pasir                           -   1 cawan
4.Susu cair F&N                   -   1 tin
5.Air                                     -   1 gelas

Cara-cara

1.Ambil satu (1) sudu gula dimasak didalam loyang untuk dijadikan gula hangus dan diratakan pada
   permukaan loyang - biarkan sejuk.
2.Pukul telor dengan gula pasir hingga kembang.
3.Masukkan biskut yang telah dihancurkan dan kacau.
4.Masukkan susu cair F&N dalam adunan.
5Masukan satu (1) gelas air.
6.Tuangkan adunan kedalam loyang.
7.Kukus selama 45 minit.
8.Setelah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Nota: Masukan dalam peti sejuk untuk lebih sedap lagi.


4. Roti Jala

Bahan-bahan

600 gm. tepung gandum
1 biji kelapa parut
2 biji telor ayam (dipukul)
3 gelas air sejuk
1 sudu tea garam.

Cara-cara

1. Bancuh tepung dengan santan,garam dan telor hingga sebati
2. Tuangkan air sejuk (jika suka,boleh gunakan santan cair)
    kacau hingga rata.
3. Jerangkan kuali leper dan sapu minyak.
    Bila panas kiraikan adunan tepung tadi ke atasnya (kualui).
4. Bila masak angkat dan lipat jadikan tiga segi atau gulungkan.
5. Hidangkan dengan kuah kari pasti enak rasanya.

Selamat mencuba....Ok..Ok...Ok.... cayalah....